SELAMAT DATANG!

Terima kasih kerana sudi datang ke blog kami..

Projek Khas Muffin

Muffin adalah produk khas bagi Program Pendidikan Khas SK Kem Terendak 2. Projek khas ini memberikan peluang kepada anak-anak Pendidikan Khas untuk menimba pengalaman dalam menghasilkan sendiri muffin, membungkus, melabel serta menjual kepada warga SK Kem Terendak 2. Kami juga bercadang untuk melebarkan sayap perniagaan ke setiap pelusuk. Lihat sahaja kemahiran mereka sambil dibimbing oleh guru.


Campurkan air, telur dan minyak ke dalam bekas.
Putarkan kesemua bahan-bahan tadi menggunakan mesin pemutar.
Campurkan tepung muffin sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan tadi.
Asingkan adunan tadi kepada dua bahagian bagi membuat dua jenis warna.
Bakarkan adunan muffin tadi ke dalam ketuhar selama 10 minit.

Proses pembungkusan
Proses melabel

Jualan kepada warga SK Kem Terendak 2.