SELAMAT DATANG!

Terima kasih kerana sudi datang ke blog kami..

Jumaat, 22 April 2011

PROGRAM TRANSISI KEKERJAYA

Walaupun masih diperingkat sekolah rendah, murid-murid diberi pendedahan awal dengan program kekerjaya yang bersesuaian dengan kemampuan dan kebolehan murid.  Dengan bantuan dan pengawasan guru, murid dapat melaksanakan tugas dengan baik.







PERSEDIAAN SEBELUM PROGRAM PERKHEMAHAN PERDANA PENDIDIKAN KHAS

Seramai lima orang murid yang terlibat dengan perkhemahan perdana pada tahun ini.  Adik Sam Andrysen AK Samson, Muhammad Fadzil Al-Muhaimin Mohd Fuad, Muhammad Qhaidil Bin Anuar, Siti Nur Aisyah Bt. Zolkofly dan Bovinna Nasonia AK Bajing. 









Sabtu, 16 April 2011

AKTIVITI TERAPI PSIKOMOTOR

Merupakan program Terapi yang dijalankan disamping program Terapi Renang yang diadakan setiap minggu.   Terapi Psikomotor memainkan peranan yang penting bagi membantu murid-murid istimewa ini untuk meningkatkan kemahiran motor kasar dan halus disamping membantu kemahiran sosial mereka.



GOTONG-ROYONG PENGAKAP ISTIMEWA

Pada 13 April 2011, Pengakap Istimewa PPKI (BP) SK Kem Terendak 2 telah menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.  Bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan murid tentang pentingnya menjaga kebersihan tidak kira dirumah, sekolah atau dimana-mana sahaja.





Sabtu, 2 April 2011

PEMERIKSAAN GIGI OLEH KLINIK PERGIGIAN

Salah satu aktiviti wajid setiap tahun.  Murid-murid istimewa ini turun mendapat keistimewaan rawatan pergigian yang disediakan oleh kerajaan.

Wah...bukan main seronok menanti giliran yerk....

Besarnya nganga mulut...sambil nangis tu..hihih

Fauzan semakin risau.......

Aksi menarik dari Athirah, Cikgu Maznah dan Jururawat Pergigian...

Arif yang menggigil ketakutan....


SUKANEKA KSSR (SEMPENA MAJLIS TILAWAH AL-QURAN)

Aktiviti ini dirancang bagi memberi peluang disamping meningkatkan kemahiran psikomotor murid-murid. Oleh kerana ramai guru yang terlibat dengan Majlis Tilawah Al-Quran Zon Masjid Tanah, murid-murid yang tidak dapat menyertai disediakan dengan pelbagai aktiviti didalam dan diluar bilik darjah.....

Penjaga baldi air yang sangat setia.....hihihi

Berkerusi roda bukan alasan untuk tidak terlibat sama dalam aktiviti sukaneka..

Abid yang sangat aktif........

Ini juri/hakim kita...sedang memeriksa kuantiti air dalam botol bagi menentukan pemenang...siapa lagi kalau bukan Fatih......

PERSIAPAN AKHIR MENJELANG MAJLIS TILAWAH AL-QURAN ZON MASJID TANAH

 Berusaha.....Berusaha.....Berusaha......BERTAWAKAL kepadaNya

Persembahan di tapak perhimpunan.....
Terima kasih di atas teguran dan komen warga SKKT 2....kami amat hargai

Latihan akhir di dewan sekolah......

12 jam sebelum pertandingan (persiapan akhir)
......teamwork yang sangat dibanggakan

Terima kasih kepada semua guru PPKI SKKT 2.......
penat lelah dan pengorbanan anda moga dirahmati Allah.....amin...