SELAMAT DATANG!

Terima kasih kerana sudi datang ke blog kami..

Sabtu, 12 Mac 2011

KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN PEND. KHAS NEGERI MELAKA (8 - 10 MAC 2010)

Kejohanan Balapan Dan Padang Pendidikan Khas Negeri Melaka telah berlangsung di Mini Stadium, SMK Seri Kota pada 8 - 10 Mac 2011.  Alhamdulillah wakil dari PPKI (BP) SK Kem Terendak 2 telah berjaya mengondol 1 emas, 1 perak dan 2 gangsa. 
Nur Hazira Rusli telah mendapat emas dalam acara BL 14 thn ( 100 m ) dan perak dalam acara BL 14 thn ( lontar peluru)..... 
Nik Siti Ain Sabrina Kamarulzaman menyumbang 2 gangsa dalam acara BP 11 thn ( 200 m & 4 X 100m )
Sekalung tahniah dan penghargaan dari kami warga PPKI (BP) SK Kem Terendak 2 kepada ketiga-tiga atlit kami.....( Nur Hazira Rusli, Nik Siti Ain Sabrina Kamarulzaman dan Nur Fateaha Razman )...Semoga kecemerlangan anda menjadi pembakar semangat kepada adik-adik yang lain......TAHNIAH...

Pingat Pertama PPKI (BP) SKKT 2 daripada Nur Hazira
Lontar Peluru (BL 14) Pingat Perak


Hazira takut tu nak amik hadiah....hhihihi

Gandingan 4 X 100m memenangi pingat gangsa..

Ceria dengan piala dan sijil masing-masing (Tahniah Ain)

Gandingan murid BL (Bermasalah Lihat) dan BD (Bermasalah Dengar)....

Hazira ( 1 emas & 1 perak )
Nik Siti Ain Sabrina ( 2 gangsa )

Pasukan dari Zon Masjid Tanah...

MUTIARA KATA


"Selidikilah masa lalu dan masa sekarang anda, kerana hidup ini terdiri dari berbagai pengalaman yang berkesinambungan.  Seseorang harus keluar darinya dengan membawa kemenangan"

0 comments: