SELAMAT DATANG!

Terima kasih kerana sudi datang ke blog kami..

Jumaat, 20 Mei 2011

AKTIVITI SELEPAS PROGRAM PERKHEMAHAN PERDANA PENDIDIKAN KHAS NEGERI MELAKA

Aktiviti mengemas peralatan dan khemah dijalankan selepas aktiviti dijalankan.  Semangat bekerjasama dan penglibatan murid dalam aktiviti ini dapat meningkatkan semangat setiakawan dan tolong menolong antara satu sama lain.


Jumaat, 22 April 2011

PROGRAM TRANSISI KEKERJAYA

Walaupun masih diperingkat sekolah rendah, murid-murid diberi pendedahan awal dengan program kekerjaya yang bersesuaian dengan kemampuan dan kebolehan murid.  Dengan bantuan dan pengawasan guru, murid dapat melaksanakan tugas dengan baik.







PERSEDIAAN SEBELUM PROGRAM PERKHEMAHAN PERDANA PENDIDIKAN KHAS

Seramai lima orang murid yang terlibat dengan perkhemahan perdana pada tahun ini.  Adik Sam Andrysen AK Samson, Muhammad Fadzil Al-Muhaimin Mohd Fuad, Muhammad Qhaidil Bin Anuar, Siti Nur Aisyah Bt. Zolkofly dan Bovinna Nasonia AK Bajing. 









Sabtu, 16 April 2011

AKTIVITI TERAPI PSIKOMOTOR

Merupakan program Terapi yang dijalankan disamping program Terapi Renang yang diadakan setiap minggu.   Terapi Psikomotor memainkan peranan yang penting bagi membantu murid-murid istimewa ini untuk meningkatkan kemahiran motor kasar dan halus disamping membantu kemahiran sosial mereka.



GOTONG-ROYONG PENGAKAP ISTIMEWA

Pada 13 April 2011, Pengakap Istimewa PPKI (BP) SK Kem Terendak 2 telah menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.  Bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan murid tentang pentingnya menjaga kebersihan tidak kira dirumah, sekolah atau dimana-mana sahaja.





Sabtu, 2 April 2011

PEMERIKSAAN GIGI OLEH KLINIK PERGIGIAN

Salah satu aktiviti wajid setiap tahun.  Murid-murid istimewa ini turun mendapat keistimewaan rawatan pergigian yang disediakan oleh kerajaan.

Wah...bukan main seronok menanti giliran yerk....

Besarnya nganga mulut...sambil nangis tu..hihih

Fauzan semakin risau.......

Aksi menarik dari Athirah, Cikgu Maznah dan Jururawat Pergigian...

Arif yang menggigil ketakutan....


SUKANEKA KSSR (SEMPENA MAJLIS TILAWAH AL-QURAN)

Aktiviti ini dirancang bagi memberi peluang disamping meningkatkan kemahiran psikomotor murid-murid. Oleh kerana ramai guru yang terlibat dengan Majlis Tilawah Al-Quran Zon Masjid Tanah, murid-murid yang tidak dapat menyertai disediakan dengan pelbagai aktiviti didalam dan diluar bilik darjah.....

Penjaga baldi air yang sangat setia.....hihihi

Berkerusi roda bukan alasan untuk tidak terlibat sama dalam aktiviti sukaneka..

Abid yang sangat aktif........

Ini juri/hakim kita...sedang memeriksa kuantiti air dalam botol bagi menentukan pemenang...siapa lagi kalau bukan Fatih......

PERSIAPAN AKHIR MENJELANG MAJLIS TILAWAH AL-QURAN ZON MASJID TANAH

 Berusaha.....Berusaha.....Berusaha......BERTAWAKAL kepadaNya

Persembahan di tapak perhimpunan.....
Terima kasih di atas teguran dan komen warga SKKT 2....kami amat hargai

Latihan akhir di dewan sekolah......

12 jam sebelum pertandingan (persiapan akhir)
......teamwork yang sangat dibanggakan

Terima kasih kepada semua guru PPKI SKKT 2.......
penat lelah dan pengorbanan anda moga dirahmati Allah.....amin...

Sabtu, 12 Mac 2011

LATIHAN SEMPENA PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN ZON MASJID TANAH

Persediaan bagi menyertai Pertandingan Tilawah Al-Quran Zon Masjid Tanah.  Semua guru tidak terkecuali daripada menyumbang tenaga dan kemahiran masing-masing bagi mendidik anak-anak.  Kata orang "Practise Make Perfect"......Terima kasih kepada semua guru yang telah menjalankan tugas yang telah diagihkan dan saling bantu membantu...Semoga anak-anak kita dapat menimba ilmu dan pengalaman dengan menyertai pertandingan ini.
Teacher Haslena & Cikgu Azman tengah beri arahan apa tu????

Bersemangat anak-anak berlatih.....

MUTIARA KATA

"jika anda menyerah pada keputusasaan, anda tidak akan dapat
berbuat sesuatu pun dan tidak akan dapat meraih kebahagiaan"

KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN PEND. KHAS NEGERI MELAKA (8 - 10 MAC 2010)

Kejohanan Balapan Dan Padang Pendidikan Khas Negeri Melaka telah berlangsung di Mini Stadium, SMK Seri Kota pada 8 - 10 Mac 2011.  Alhamdulillah wakil dari PPKI (BP) SK Kem Terendak 2 telah berjaya mengondol 1 emas, 1 perak dan 2 gangsa. 
Nur Hazira Rusli telah mendapat emas dalam acara BL 14 thn ( 100 m ) dan perak dalam acara BL 14 thn ( lontar peluru)..... 
Nik Siti Ain Sabrina Kamarulzaman menyumbang 2 gangsa dalam acara BP 11 thn ( 200 m & 4 X 100m )
Sekalung tahniah dan penghargaan dari kami warga PPKI (BP) SK Kem Terendak 2 kepada ketiga-tiga atlit kami.....( Nur Hazira Rusli, Nik Siti Ain Sabrina Kamarulzaman dan Nur Fateaha Razman )...Semoga kecemerlangan anda menjadi pembakar semangat kepada adik-adik yang lain......TAHNIAH...

Pingat Pertama PPKI (BP) SKKT 2 daripada Nur Hazira
Lontar Peluru (BL 14) Pingat Perak


Hazira takut tu nak amik hadiah....hhihihi

Gandingan 4 X 100m memenangi pingat gangsa..

Ceria dengan piala dan sijil masing-masing (Tahniah Ain)

Gandingan murid BL (Bermasalah Lihat) dan BD (Bermasalah Dengar)....

Hazira ( 1 emas & 1 perak )
Nik Siti Ain Sabrina ( 2 gangsa )

Pasukan dari Zon Masjid Tanah...

MUTIARA KATA


"Selidikilah masa lalu dan masa sekarang anda, kerana hidup ini terdiri dari berbagai pengalaman yang berkesinambungan.  Seseorang harus keluar darinya dengan membawa kemenangan"

LATIHAN PUSAT KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG ZON MASJID TANAH ( 1 - 4 MAC 2011)

Latihan Pusat bagi Kejohanan Balapan Dan Padang peringkat Zon Masjid Tanah telah dijalankan pada 1 - 4 Mac 2011 di Padang SMK Sungai Udang.  PPKI (BP) SK Kem Terendak 2 telah berjaya menghantar tiga orang atlit cilik yang berbakat (Nur Hazira Rusli, Nur Fateaha Razman dan Nik Siti Ain Sabrina Kamarulzaman).....Semoga mereka akan berjaya dalam kejohanan ini kelak....Insyaallah..
Berehat sebentar.......

Lari laju-laju Ain.....

Latihan acara 4 X 100m...tak sabar tunggu giliran tu...

MUTIARA KATA


"Sesulit apa pun persoalan akan pasti menjadi mudah dengan senyuman orang yang percaya diri"

Rabu, 23 Februari 2011

Terapi Psikomotor - Bowling di Ampang Bowl, Mahkota Parade

Terapi Psikomotor Bowling memberi peluang murid-murid istimewa menjalani kehidupan normal dan membentuk keyakinan murid. Murid-murid sangat teruja untuk bermain bowling terutamanya murid baru yang belum pernah pergi ke sini.


anak tentera kena laa naik trak..

sesi bergambar sebelum bermain

ustaz Shukor pertama kali bermain dengan kami..terel x? hehe..

semua murid tidak dikecualikan untuk menimba pengalaman

"owhhh..bola saya masuk longkang!" jerit Aishah.

macam-macam gaya nak balik bola..

Abid sangat teruja!

kesabaran cikgu maznah melayan karenah Arabi..

ehem! cikgu hani..? :)

MUTIARA KATA

"Belajarlah untuk menghayati perkara yang menakutkan, nescaya rasa takut itu akan hilang"